Thursday, 2 July 2015

SEJARAH PENUBUHAN TAGAL BABAGON

Pemandangan Sungai Babagon

ASAL-USUL NAMA KAMPUNG BABAGON

Mengikut cerita orang asal Kampung Babagon, nama Babagon wujud dari individu yang mempunyai banyak ketuat (Babag dalam Bahasa Dusun) di badan, dimana tinggal di kawasan sungai pada ketika itu.  Pada ketika itu, kampung ini memang menjadi tempat persinggahan orang-orang dari sebelah pendalaman atas untuk berdagang di tamu-tamu di sekitar Penampang. Orang-orang yang singgah di kampung ini akan mengambil kesempatan menjala ikan di sungai yang mereka tidak ketahui namanya sehinggalah sampai ke rumah Si Berketuat ataupun “Si Babagon” dalam Bahasa Dusun. Apabila kawan-kawan mereka bertanya sampai mana mereka menjala maka Si Penjala akan berkata dia sampai di rumah Si Berketuat  (Si Babagon) sehinggalah nama sungai tersebut digelar  Sungai Babagon  dan nama tersebut telah digunakan sebagai nama Kampung Babagon sehingga ke hari ini.



BABAGON PADA HARI INI


Kampung Babagon terletak di Km 22 Jalan Penampang - Tambunan. Ia gabungan tiga buah kampung iaitu Kampung Babagon,    Timpoluon dan Timpango. Bentuk mukabumi Kampung Babagon adalah berbukit-bukau serta mempunyai dua batang sungai iaitu Sungai Babagon dan sungai Moyog dimana telah bersatu di Kuala Sungai Moyog dan Babagon dan mengalir terus ke Kuala Laut di Putatan.




SISTEM TAGAL BABAGON


TAGAL


TAGAL adalah perkataan dalam bahasa ibunda Dusun yang membawa  pengertian iaitu ‘JANGAN' dan yang paling sesuai adalah 'DITEGAH' dengan sumpah. Kaedah Tagal ini dipraktikan oleh nenek moyang Kaum Dusun untuk melarang agar tidak mengambil milik mereka seperti buah-buahan dan sebagainya dengan cara menanda dengan memacakkan sebatang kayu yang hujungnya ditajamkan dan menghala ke kawasan larangan tersebut.
Kaedah ini telah dipraktikkan turun temurun sebagai tanda larangan dan tanda tersebut sangat dihormati oleh kaum KadazanDusun. Sistem Tagal telah disesuaikan oleh masyarakat Dusun sebagai penguatkuasaan penjagaan hidupan sungai kerana maksud perkataan TAGAL sangat mudah difahami oleh masyarakat KadazanDusun dan telah terbukti hanya penguatkuasaan Sistem Tagal sahaja yang dapat memulihkan kembali populasi ikan yang semakin berkurangan di Sungai Babagon.



KENAPA DIWUJUDKAN SISTEM TAGAL

         Pada sekitar tahun 50an hingga 70an, terdapat banyak ikan di sungai-sungai sekitar Kampung Babagon Namun pada tahun 80an, keadaan mula berubah apabila orang luar mula menceroboh sungai-sungai ini. Pencerobohan ini telah membawa kepada kemerosotan dan pengurangan jumlah ikan akibat aktiviti penangkapan ikan yang tidak terkawal serta kaedah penangkapan yang tidak sesuai. Mereka menggunakan bom ikan, tuba, renjatan elektrik dan lain-lain lagi yang mana menyebabkan kepupusan hidupan akuatik sehingga sukar dikawal oleh penduduk sendiri.

      Ekoran daripada itu, Mantan Pengerusi JKKK Babagon Encik Gidius Gonsuin dan Penguasa Perikanan Daerah mencetuskan idea pelaksanaan Sistem Tagal Babagon yang bertujuan menjaga segala hidupan sungai dengan persetujuan semua penduduk kampung.


Objektif lain sistem tagal dilaksanakan termasuklah;

  • untuk memastikan aliran sungai yang ditagal mengalir dengan lancar tanpa gangguan
  • memastikan sungai yang ditagal bebas dari gangguan penduduk setempat atau luar
  • memperbanyakkan jumlah ikan dan mengelakkannya ditangkap sebelum cukup besar
  • menjaga keselamatan sungai dari sebarang pencemaran dan racun
  • menjadikan sungai sebagai kawasan rekreasi yang menarik dan bersih serta menguntungkan
  • bekerjasama dengan Jabatan Perikanan, Agensi Kerajaan dan NGO dalam usaha memulihara Sungai Moyog-Petagas daripada tercemar.
  • merancang satu pelan tindakan di mana sungai-sungai yang ditagal dijadikan produk eko-pelancongan yang membawa manfaat ekonomi kepada penduduk setempat




KONSEP TAGAL

          Satu sistem penjagaan hidupan sungai yang:-

  1. Melibatkan secara langsung masyarakat setempat.
  2. Mendapat sokongan daripada masyarakat setempat untuk pelaksanaan.
  3. Penguatkuasaan yang diiktiraf oleh kuasa tempatan mahkamah daerah, ketua kampung dan badan JKKK.
  4. Bimbingan terus daripada Jabatan Perikanan/Agency lain/NGO.
  5. Dalam konsep tagal, penuaian ikan akan dibuat secara berkala iaitu sekali dalam setahun atau mengikut perbincangan di kalangan penduduk kampung.
  • Kini terdapat sebanyak empat Jawatankuasa Tagal yang bernaung di bawah JKKK Kampung Babagon (Sistem Tagal Babagon). Ini termasuklah Babagon Bawah, Babagon Atas, Timpango Dan Tagal Timpoluon.

Masyarakat setempat bersama hasil tangkapan.



MERCU TANDA TAGAL BABAGON





LOGO TAGAL BABAGON



Maksud Logo


Lingkaran Merah, Kuning dan Hijau melambangkan penzonan kawasan sungai yang ditagal iaitu Zon Merah, Zon Kuning dan Zon Hijau.

Lakaran Ikan melambangkan penjagaan segala hidupan sungai terutama Ikan Pelian.

Ranting dan daun melambangankan komuniti bersatupadu menjaga sungai dan segala tumbuhan semulajadi di sekitar sungai yang ditagal supaya segala hidupan sungai mendapat makanan semulajadi.



LOKASI SUNGAI YANG DITAGAL



KEJAYAAN SISTEM TAGAL BABAGON


No comments:

Post a Comment